Tuesday, 28 February 2012

Kelas 28.2.2012 ~ Permainan Tradisional

sambil menyanyi ~ jambatan sudah roboh.. sudah roboh.. sudah roboh.. lalalalalalala.. 

2 orang pelajar menjadi jambatan manakala murid-murid lain beratur sambil lalu di bawah jambatan.

apabila lagu habis dinyanyikan, pelajar yang sedang lalu di bawah jambatan akan ditangkap. pelajar tersebut akan ditanya untuk membuat pilihan sama ada mahu memilih warna oren atau biru. 

selepas semua pelajar selesai lalu di bawah jambatan dan memilih warna, mereka akan duduk mengikut kumpulan warna yang telah dipilih.

pertandingan tarik tali tangan akan ddimulakan untuk menentukan kumpulan mana yang menjadi pemenang.


kanak-kanak bermain getah peringkat daerah untuk pemilihan wakil peringkat negeri.
permainan baling getah peringkat negeri.

apabila getah yang dibaling bertindih ke atas getah lain, masukkan jari ke lubang getah untuk menyentuh tanah. jika berjaya menyentuh tanah tanpa terkena getah, pemain dikira menang dan boleh mengambil semua getah di situ.

permainan guli ustaz noh. guli diperbuat daripada kertas suratkhabar.


dalam permainan guli, pemain yang telah mendapat lesen boleh membunuh batu pihak lawan.


permainan batu seremban.